Wednesday, January 26, 2011

petak kosong

aku ada satu petak kosong
situ perlu jawapan
situ ada bahagia derita
ketawa teriak segala
itu petak kosong aku
kau
pengisinya yang penuh dengan jawapan
tak tahu betul salah kau langgar
semua tu tak jadi pesoalan
aku tahu kau di situ
setia
walau aku cuba padam
pena aku catat lain
perkataan apa terus kau penuh kan
itu petak kosong aku
aku mahu tulis semula jawapan lama
kau keras membangkang
kau tetap pengisi ruang
aku mula bingit
tapi kau terus diam
kadang2 buat aku senang
tapi hati masih ada tanda soal
mana pergi jawapan paling sesuai
sekarang
biar takdir tentukan
petak kosong punya jawapan.....

Monday, January 24, 2011

kupu2

aku ingin keluar dari kepompong itu
cari kepompong sendiri
dalam dunia aku
tak punya dia di sisi
bukan rimas
tapi malas
mahu cuba
tapi susah
ye!
amat susah..
aku di situ dari dulu
mana mahu mula langkah keluar?
aku cuba dia sekat
aku cuba dia rayu
itu jadi aku kaku
terus disitu berdiri diam
teruskan
harap masih ada rasa sayang~

jangan nak pandang sangat!














BAKSIS PESUMA
tu dia, pembuka mata
kalau setakat tgk dlm akhbar
semua indah belaka
budak sekarang makin pandai katanya
sana sini 5A tercapai
bila kita mula masuk sendiri
baru tahu mana langit mana bumi
banyak lagi yg terkial2 mencari
mana huruf mana eja
mana nombor mana nak kira
sungguh terasa
dapat tgk anak bangsa sendiri












tertinggal jauh yang lain berlari2
aku ada peluang lihat mereka
aku ada lebih itu dari 'dia'...
sungguh harap apa yang mampu disuap
mereka dapat
jadi tambah semangat
harap kalian berjaya~

Sunday, January 23, 2011

Gila...

Makin Suka Awak!

~oh,ini teruk!!

Thursday, January 20, 2011

Chantek

terpandang dia..
oh,cantiknya
sempurna...
aku??
sikit pun tak ada istimewa
harap tak duduk semeja dengan dia
rendah terasa


bila lah nak muncul keajaiban
pergi mana2 dapat pujian
bila lalu semua pandang
hai aku....
sikit pun tak ada keistimewaan...

~cuma sekadar khayalan

Saturday, January 15, 2011

Tak Apa...

Awak kate,kite asik nak jaga hati mereka

Sampai kadang2 privacy tak ada

Saya kata x apa

Saya nak try hepikan semua

Lagipon saya suka kalau kite keluar sama2

Hepi tgk mereka ketawa

Bahagia bila ada awak sama

Tapi saya rasa saya belum cukup baik untuk itu semua

Atau mungkin mereka ingat

saya Cuma nak menunjuk kita bahagia

Jujur,saya tak berniat sikit pun

Nah,sekarang saya yang kena!

Bila semua pergi tinggal saya

Apa yang saya buat semua tak kena

Tak pe..saya redha

Mungkin mmg salah saya

Saya tahu saya tak punya apa2

Tak pandai jaga hati mereka

Tak apa…salah saya…

Saya taknak ungkit apa yang saya pernah buat untuk mereka

Nanti mereka kata saya tak ikhlas buat itu semua

Jadi..

Saya lupakan semua

Sikit pon saya tak rasa itu jasa

Sekarang mereka dah punya segala

Jadi saya pasrah

Biar mereka dengan cara mereka

Dan saya cuba cari hidup saya semula

Menjauhkan diri?

Mungkin kerna terasa hati

Jadi jangan salahkan diri ni..

Friday, January 14, 2011

untuk awak

entri untuk kekasih hati
saya sayang awak
lagi rindu awak
cinta sangat2!~

Thursday, January 13, 2011

Sakit

Maaf jika diri ini selalu menyakiti

Bukan berniat sama sekali

Tapi terkadang jiwa perit untuk melupakan

Seksa jika tak terluahkan

Mohon pinta dia di sisi

Walau tahu tak mungkin dia akan mendekati

Mungkin terasa hina untuk dimiliki

Maka ku turut kata hati

Berhenti mencari

Kerana yang ada belum tentu pasti

Jangan terus ditambah derita dalam hati

Andai ada yang mahu mengasihi

Tak mungkin dapat dilayani

Cukuplah mereka yang kau masih sayangi

Namun tak termiliki

Terusan aku akui

Diri ini bukan terlalu indah untuk dibanggakan

Apatah lagi suci untuk dimiliki

Lagi betah untuk terus disayangi

Aku Cuma menjadi diri aku untuk terus berada disisi

Mohon tidak jemu untuk mendampingi

Wednesday, January 12, 2011

PERAMPAS..

bukan nak jadi stalker
just happy tgk org simpan rasa
comel kan bila main2 cinta
buat tak tahu bila dia depan mata
bila paling kepala dalam hati penuh bunga
aku?
sebagai pemerhati tegar
lagi pencinta setia
tak dapat lagi nak menyimpan rasa
cukup la tengok mereka2 bahagia
pasang telinga bila mereka mula nak luah segala

teringat kisah lama
dulu aku pun camtu juga
asyiknya bila pendam rasa
lagi enak kalau org yang sukakan kita
tapi bahaya kalau tak kena tempatnya
hati2 main api
jgn sampai yang disimpan dalam hati pergi
nanti jiwa yang merana
tak pasal2 org lain dikata perampas

itu pun penah jadi
tak tahu kawan pny tibe2 pendam hati
salah siapa??
dia pendam rasa
aku tak tahu apa2
tak tahu hujung pangkal
semua tuding jari
tak habis mengata
yang terkena macam t pny gaya
buat diam,buat tak tahu
yang penting bahagia~

Monday, January 10, 2011

Ada Da~

awak....
kita dah ada ni
hihi
tapi tak berapa pandai lagi
nanti ajar kite k..


Tatih...

permulaan cerita
biar tentang aku
yang tak tahu serba serbi
tak ada pengalaman nak dibawa ke tepi
semua tak pasti
biarlah
asal boleh jadi tempat terapi
setakat hayun gune jari
sekadar nak luah isi hati
pelan2 belajar
pandai la nanti
orang nak kata ape biaq p
aku tak peduli
sikit tak ambil hati
yang penting sekarang aku hepi
oh..punya si cinta hati...