Thursday, May 12, 2011
blank~
aku harap aku cukup kuat lepaskan kamu....
sebab,
aku nilai hati
tak ada kamu di sini
maaf,
maki la selagi mampu
tapi lepaskan aku....
Monday, May 9, 2011
aku nak naik yg bulat2 tu!:D
aku x pernah ke situ
dari jauh aku idam
tak siapa sudi bawa aku
sungguh....
aku teringin jejak kaki
tgk warna
tgk gelak tawa
aku pasti situ punya seronoknya...
sekarang
aku dah makin hampir ke situ
dengan mereka kesayanganku....
tapi bukan seperti yang aku mahu
*lebih dari itu
aku puas jerit malam ini
tunjuk aku gembira! :D
Wednesday, May 4, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Saturday, April 23, 2011
awak, sorry~
tak semua janji aku tepati
kalau aku menipu
kau tahu?
tapi untuk waktu ini
ucap aku masih boleh percaya
tapi janji aku xdapat patuhi
sebab hati aku sendiri sangsi
sabarlah
aku tak lari
tetap ada dekat sini
toleh sisi
sebelah hati
sumpah!
sikit tak niat nak menyakiti
~lama2 awak fahamla nanti.....
Wednesday, April 20, 2011
saya xnak dengar awak menangis.....
jgn syg aku
jgn manjakn aku
jgn terima aku
sbb bile kau lepaskn aku
semua tu buat sakit aku
sakit sgt
teramat sakit!!
Sunday, April 17, 2011
menyampah!
ha, mula la kau menggila
tapi lama-lama
hape pon xada....
poodaah.....
Sunday, March 27, 2011
sakit jiwa!!
aku rasa kau punya masalah jiwa
tak tahu mana dusta
mana cinta
dan si bodoh terus percaya
hai malang...
sudah2 la
buka mata dengar guna telinga
tafsir mula
tutup hati dengar kata jiwa
bertahun kau kenal dia
sekarang tolong percaya
dengar kata hati
bukan mulut dia!
Wednesday, March 16, 2011
Thursday, February 24, 2011
bosan...
bila diri rasa
aku sebenarnya tak perlu wujud dalam dunia
segala aku buat tak pernah kena
salah semua
bila dia minta
nah, semua ada
aku??
entah, macam tak pernah berguna
mungkin terlebih sayang
sampai nak bergerak xboleh kemana
bila aku dah mula menyampah
jadi anak paling akhir
manja orang kata
padahal aku tak pernah dapat apa
tak tahu dah nak buat apa
semua x kena
tak apa
sampai satu masa
gelaran anak akhir akan dapat pada dia
bila aku dah x ada dalam dunia
Wednesday, February 23, 2011
aduh, susahnya...
mana ego
kenapa jadi lemah?
aku rela tengok kau marah
dari begitu
aku sanggup sakit
dari kau rayu
baik
aku mula timbang semula
terima kasih
kau berubah segala
maaf
kalau hati kau tetap luka
aku masih cari jawapan sempurna
walau x tahu gune formula apa
masih aku cuba....
Wednesday, February 16, 2011
itu segala..
cuma untuk kau miliki
aku biar kau pergi
sebab pada aku
kasih lebih pada menghormati
bukan menyanjung
cukup sekadar kau menyayangi
kalau kau rasa ego kau tinggi
teruskan jalan
tolak semua ke tepi
jangan toleh lagi
buruk baik kau hirau
asal kau puas hati
sakit?
ya, cuma kau rasa
kau rasa orang lain gembira
pernah kau fikir
saat kau suka
kau tinggalkan duka pada si cinta
yang sampai bila dia akan rasa??
sampai mati dia dihina...
kau tak fikir tu semua??
ya..
aku tak nafi
kau setia
kau cinta
kau pelengkap jiwa...
dan aku...
tak punya apa...
maaf,
aku akan diam..
aku tak mampu lagi teruskan...
aku relakan...
aku tanggung seorang..
sebab aku dah tak punya kau...
Tuesday, February 15, 2011
aku pernah...
Lalu kau jerit ghairah,minta ia bawa kau terbang bersama?
Aku pernah...
Pernah kau lari di gigi air, sambil dengar nyanyian ombak yg x pernah jemu memukul pantai..
Lalu kau senyum dan ibaratkan cinta kasihmu adalah ombak dan hatimu alah pantai?
Aku pernah....
Pernah kau kecapi rasa cinta dan kasih yg kau rasa luhur...
Sampai kau lupa erti sebiah kehilangan?
Aku pernah.aku pernah rasai semua...lebih dari yang aku pinta..lebih dari yg aku damba...
Friday, February 11, 2011
terus buta tanpa rasa....
kau terus menjauh
bagai merelakan...
kalau nak katakan ini kisah cinta
teruskan..
kalau nak bicara soal jiwa
abaikan
aku tak berminat dengar
sebab aku dah sesak pendam segala
seakan dah teramat berbisa
malas nak luah bicara
sakit hati sakit mata
sakit semua!
bila jauh kau kejar
ada depan mata kau abai
tak nampak salah kau?
cukup la kata penuh gula
kalau hati tak pernah nak rela.......
Wednesday, February 9, 2011
jauh....
Masing2 bagai punya jalan hidup sendiri
Seakan dia mengerti
Diri ini tak mampu lagi untuk didekati
Siapa yg diam?
Yg menjauh?
Maaf, aku tak pasti
Monday, February 7, 2011
salah
Wednesday, January 26, 2011
petak kosong
situ perlu jawapan
situ ada bahagia derita
ketawa teriak segala
itu petak kosong aku
kau
pengisinya yang penuh dengan jawapan
tak tahu betul salah kau langgar
semua tu tak jadi pesoalan
aku tahu kau di situ
setia
walau aku cuba padam
pena aku catat lain
perkataan apa terus kau penuh kan
itu petak kosong aku
aku mahu tulis semula jawapan lama
kau keras membangkang
kau tetap pengisi ruang
aku mula bingit
tapi kau terus diam
kadang2 buat aku senang
tapi hati masih ada tanda soal
mana pergi jawapan paling sesuai
sekarang
biar takdir tentukan
petak kosong punya jawapan.....
Monday, January 24, 2011
kupu2
cari kepompong sendiri
dalam dunia aku
tak punya dia di sisi
bukan rimas
tapi malas
mahu cuba
tapi susah
ye!
amat susah..
aku di situ dari dulu
mana mahu mula langkah keluar?
aku cuba dia sekat
aku cuba dia rayu
itu jadi aku kaku
terus disitu berdiri diam
teruskan
harap masih ada rasa sayang~
jangan nak pandang sangat!
BAKSIS PESUMA
tu dia, pembuka mata
kalau setakat tgk dlm akhbar
semua indah belaka
budak sekarang makin pandai katanya
sana sini 5A tercapai
bila kita mula masuk sendiri
baru tahu mana langit mana bumi
banyak lagi yg terkial2 mencari
mana huruf mana eja
mana nombor mana nak kira
sungguh terasa
dapat tgk anak bangsa sendiri
tertinggal jauh yang lain berlari2
aku ada peluang lihat mereka
aku ada lebih itu dari 'dia'...
sungguh harap apa yang mampu disuap
mereka dapat
jadi tambah semangat
harap kalian berjaya~
Sunday, January 23, 2011
Thursday, January 20, 2011
Chantek
oh,cantiknya
sempurna...
aku??
sikit pun tak ada istimewa
harap tak duduk semeja dengan dia
rendah terasa
bila lah nak muncul keajaiban
pergi mana2 dapat pujian
bila lalu semua pandang
hai aku....
sikit pun tak ada keistimewaan...
~cuma sekadar khayalan
Saturday, January 15, 2011
Tak Apa...
Awak kate,kite asik nak jaga hati mereka
Sampai kadang2 privacy tak ada
Saya kata x apa
Saya nak try hepikan semua
Lagipon saya suka kalau kite keluar sama2
Hepi tgk mereka ketawa
Bahagia bila ada awak sama
Tapi saya rasa saya belum cukup baik untuk itu semua
Atau mungkin mereka ingat
saya Cuma nak menunjuk kita bahagia
Jujur,saya tak berniat sikit pun
Nah,sekarang saya yang kena!
Bila semua pergi tinggal saya
Apa yang saya buat semua tak kena
Tak pe..saya redha
Mungkin mmg salah saya
Saya tahu saya tak punya apa2
Tak pandai jaga hati mereka
Tak apa…salah saya…
Saya taknak ungkit apa yang saya pernah buat untuk mereka
Nanti mereka kata saya tak ikhlas buat itu semua
Jadi..
Saya lupakan semua
Sikit pon saya tak rasa itu jasa
Sekarang mereka dah punya segala
Jadi saya pasrah
Biar mereka dengan cara mereka
Dan saya cuba cari hidup saya semula
Menjauhkan diri?
Mungkin kerna terasa hati
Jadi jangan salahkan diri ni..
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
Sakit
Maaf jika diri ini selalu menyakiti
Bukan berniat sama sekali
Tapi terkadang jiwa perit untuk melupakan
Seksa jika tak terluahkan
Mohon pinta dia di sisi
Walau tahu tak mungkin dia akan mendekati
Mungkin terasa hina untuk dimiliki
Maka ku turut kata hati
Berhenti mencari
Kerana yang ada belum tentu pasti
Jangan terus ditambah derita dalam hati
Andai ada yang mahu mengasihi
Tak mungkin dapat dilayani
Cukuplah mereka yang kau masih sayangi
Namun tak termiliki
Terusan aku akui
Diri ini bukan terlalu indah untuk dibanggakan
Apatah lagi suci untuk dimiliki
Lagi betah untuk terus disayangi
Aku Cuma menjadi diri aku untuk terus berada disisi
Mohon tidak jemu untuk mendampingi